smk tanjong lumpur

KATA ALUAN PENGETUA

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulillah, dengan izin Pencipta dapatlah saya mencoretkan ucapan alu-aluan khas untuk Laman Web SMKTL 2012. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Laman Web SMKTL 2012 atas hasil kerja yang sangat memuaskan. Kejayaan ini adalah merupakan salah sebuah pengukur kemajuan untuk sekolah ini.

Setiap kejayaan memerlukan semangat serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak. Jadi, untuk memastikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur dijulang tinggi, setiap pihak haruslah sentiasa berusaha membanting tulang serta mengembling tenaga. Dengan wujudnya kerjasama sebegini saya yakin SMKTL pasti mampu mencapai visinya iaitu SMKTL sekolah cemerlang menjelang 2012.

Dari sekolah lahirnya seorang doktor, seorang jutawan mahupun seorang Perdana Menteri. Pentingnya sekolah sebagai institusi pendidikan yang berperanan membentuk seorang pelajar yang elok dari segi pendidikan dan sahsiah tidak perlu dihuraikan lagi. Justeru, pihak sekolah telah mengambil langkah bestari dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bisa menjana kecemerlangan pelajar dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Kecemerlangan yang dicapai oleh setiap pelajar tentu sekali tidak pernah disiakan kerana ianya diiktiraf oleh banyak pihak.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Laman Web SMKTL 2012 yang telah banyak menyumbangkan idea bernas dan tenaga dalam menghasilkan blog ini. Semoga penerbitan ini akan terus diperindah dengan bakat-bakat kreatif guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTL.

Sekian, terima kasih.

Puan Fauziah Binti Ali
PENGETUA SMKTL

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA