smk tanjong lumpur

Monday, June 20, 2011

Karnival kokurikulum SMKTL 2011

Pelajar yang menyertai acara senam tari 
Hari Karnival Kokurikulum SMKTL 2011 telah diadakan pada 27 April yang lalu bermula jam 8.00 pagi. melalui program ini,dapat mengeratkan silaturrahim  pelajar. Selain tu juga, program ini bertujuan menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap ke arah pencapaian kualiti akademik dan sahsiah yang cemerlang di kalangan pelajar. Acara senam tari yang disertai oleh para pelajar.


Antara guru dan pelajar yang bekerjasama bersiap membuka gerai.

Gerai jualan mula dibuka pada jam 9.00 pagi dan mendapat sokongan pelajar-pelajar dan semua guru. Pertandingan kawad kaki turut dijalankan serentak di tapak astaka. Selepas selesai pertandingan kawad kaki, acara seterusnya ialah pertandingan Mini Netball oleh pelajar perempuan dan pertandingan Futsal oleh pelajar dan guru lelaki.

Pelajar yang terlibat dengan gerai jualan

Hari Karnival Kokurikulum SMKTL 2011 sampai kemuncaknya dengan upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan.

No comments:

Post a Comment